Langkau ke kandungan utama

KHASIAT HABATUS SAUDA



                                                                       

HABATUS SAUDA (Nigella sativa) merupakan tumbuhan berkhasiat dan ia dikenali sejak dahulu kala sebagai bahan yang digunakan oleh manusia. Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama Black Cumin, Fennel Flower, Black Cataway, Nutmeg Flower, Roman Coriander dan Black Seeds. Dari segi pengkelasan ia sejenis tumbuhan daripada kumpulan keluarga Ranunculaceae. Tumbuhan ini memang tidak ditanam di negara kita tetapi banyak dijual sebagai makanan tambahan untuk kesihatan. Tumbuhan renek ini mampu untuk menghasilkan biji halus berwarna hitam yang amat lama dan berkesan digunakan dalam meningkatkan tahap kesihatan. Habbatus sauda dalam tulisan Jawi sebagai ( الحبة السوداء) juga dikenali sebagai Jintan Hitam. Ia adalah sejenis tumbuhan berbunga (magnoliphyta atau angiosperm) secara tahunan yang telah dipercayai berasal daripada kawasan Selatan dan Barat daya benua Asia. Pokok Habatus Sauda mempunyai ketinggian berukuran 20–30 cm (7.9–12 in) jika ditanam dengan baik dikawasan sesuai. Struktur daunnya adalah jenis halus yang lurus (tetapi tidak berbentuk seperti jarum). Bunganya juga berstruktur halus lazimnya berwarna putih dan biru pucat dengan mempunyai antara 5 hingga 10 kelopak. Buahnya pula bersaiz besar dalam bentuk kapsul yang mengandungi tiga hingga tujuh folikel berpadu dimana pada setiap satunya mengandungi beberapa butiran hitam yang digunakan sebagai rempah ratus dan bahan perubatan. Bahagian biji hitam ini merupakan bahan yang banyak dijual begitu sahaja atau diproses menjadi minyak pati dan produk lain yang bernilai tinggi. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan habatus sauda dan kegunaannya untuk bahan bacaaan.

Tumbuhan ini yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Dikaji dari segi sejarah, tumbuhan ini asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara Tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika utara terutama Mesir dan di selatan Eropah di Syria serta sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India. Ia mampu tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter. Dahan bercabang dibahagian atas. Ia menghasilan bunga lembut di hujung dahan dan selalunya berwarna biru muda dan putih yang berukuran garis lintang sekitar 3 centimeter (Sila lihat foto disebelah). Jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai dengan tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Buahnya agak besar dari jenis ‘inflated capsule’ yang terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji.



Bijinya berbentuk segi tiga yang berwarna hitam, berbau ‘pungent’ yang agak kuat serta mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda’. Ia mempunyai rasa ‘pungent bitter’. Ramai tahu di antara bahan kandungan Habbatus Sauda adalah Fixed Oil (saturated and unsaturated), Minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin serta kandungan Asid Amino. Di dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang mana ditulis oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda adalah dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Di dalam kitab tersebut disebutkan bahawa Habbatus Sauda’ boleh mengubati 50 jenis penyakit tanpa efek. Diantara kebaikan habbatus sauda berdasarkan kajian mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang hebat. Antaranya adalah mengawal kandungan Asid Urik dan Gout. Ia membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout. Kepada mereka yang ada masaalh Semput (Asthma) pula kandungan bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).



Biji habatus sauda juga mampu untuk menyembuhkan selsema dengan cara mengambilnya dalam bentul asal atau diproses. Bagi mereka yang ada masaalah tekanan Darah Tinggi maka ia boleh merendahkan tekanan darah. Seterusnya ia didakwa mempu mengatasi masaalah Alahan (Allergic) dimana banah seperti “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic). Khasiat seterusnya adalah pengeluaran Bahan Hempedu (Bile) Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan hempedu dari pudi hempedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi hempedu. Bagi wanita pula ia mampu melancarkan Pengeluaran SusuIa mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu. Bagi mengatasi masaalah kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis) maka produk tumbuhan ini mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.


Dalam banyak penulisan, khasiat habatus sauda juga didakwa mampu menambah Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh. Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit. Dalam kes penyakit Barah, habatus sauda dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects). Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya. Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi. Dalam kes Kencing Manis habatus sauda dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah. Kemudian ia juga memiliki peranan yang penting pada pencegahan tumor & kanser.Pada penggunaannya dalam waktu yang lama minyak Habbatus sauda’ memperkuat sistem kekebalan tubuh. Selain itu dapat mempercepat pembelahan sel .



Biji Habbatus sauda yang dihasilkan daripada buahnya berwarna hitam dengan saiz yang halus (Sila lihat foto sebelah). Ia juga selalu diproses atau dikisar sehingga boleh mengeluarkan minyak yang berkualiti dengan banyak khasiat terkandung didalamnya. Minyai ni sering diminum untuk kesihatan atau perubatan tradisional lebih dikenali sebagai minyak habbatus sauda. Banyak laporan perubatan tradisional menyatakan penggunaan minyak ini yang meluas digunakan untuk merawat masaalah kencing manis secara tradisional. Selain daripada ia dijual dalam bentuk cecair, kini telah ada yang telah dimasukkan ke dalam kapsul. Begitulah hebatnya apa yang dihasilkan oleh tumbuhan ini.

Rujukan;

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Affialate Work With Me - Online work from home #workonline #onlinework #onlinejob #parttimeonline #onlineparttime #affialate

 ✅SIAPA NAK JADI MACAM INDIVIDU DALAM VIDEO INI...BUAT DUIT MELANTUN LANTUN...KINI ANDA KAMI SATU SATUNYA INDIVIDU YANG ULUNG DAN SATU SATUNYA MENYEDIAKAN KARRIER/TUGASAN SEBAGAI INFLUENCER MARKETER DIMALAYSIA.. Berkarya sebagai Online Marketer Influencer Yang Pertama *PENDAPATAN BOLEH DIWARISKAN: Jana Pendapatan Tambahan Dari Rumah Anda! Kelebihan Bekerja Bersama Kami: 1. Fleksibiliti Masa: Anda dapat bekerja pada waktu yang sesuai dengan jadual anda sendiri, tanpa perlu terikat pada waktu pejabat yang tetap.   2. Kos Penyelenggaraan Rendah: Anda tidak perlu melabur dalam kos pengangkutan atau peralatan khas untuk bekerja. Cukup dengan komputer atau telefon pintar anda, anda boleh mulakan. 3. Peluang Jangka Panjang: Sebagai seorang online marketer influencer, anda mempunyai peluang untuk membangunkan diri anda sendiri dan membina reputasi yang kukuh dalam industri yang anda minati. 4. Gaji yang Menarik: Dengan bayaran sebanyak RM20 untuk setiap tugasan, anda boleh menjangkaka...

Wraping kereta ns wrap

  NS Wrap: Menjadi Pilihan Utama Anda untuk Mempercantik Kereta Di NS Wrap, kami menghadirkan perkhidmatan wrapping dan penyelenggaraan kereta yang terbaik untuk meningkatkan penampilan kenderaan anda. Dengan berpengalaman dalam industri ini, kami memastikan bahawa setiap kerja yang kami lakukan dikerjakan dengan teliti dan penuh ketelitian. Perkhidmatan Kami Termasuk: ✅ Pembungkusan Keseluruhan Kereta  ✅ Tinted Cermin Kereta  ✅ Pembungkusan Sebahagian  ✅ Reka Bentuk Kustom/Padamkan Chrome  ✅ Windscreen Kustom  ✅ Filem Perlindungan Cat (PPF)  ✅ Grill Sarang Lebah Kustom  ✅ Pelapisan Lampu  ✅ Cat semula Caliper  Kelebihan Menggunakan Wrapping Sticker Pada Kereta: Kelebihan: 1. Kustomisasi: Membolehkan anda mengekspresikan gaya peribadi anda dengan pelbagai warna dan reka bentuk yang tersedia. 2. Perlindungan: Melindungi cat kereta anda dari calar, sinaran UV, dan kerosakan alam sekitar lain. 3. Kos-Efektif: Pilihan yang lebih berpatuta...

Wow menarik !! 3 App Automasi Bisnes Guna Smartphone Jer

  Wow menarik !! 3 App Automasi Bisnes Guna Smartphone Jer 🚀😍 Baca info sampai abis guna dulu bayar kemudian 👍 𝟯 𝗔𝗽𝗽 𝗠𝗮𝗿𝗸𝗲𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗔𝘂𝘁𝗼 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗗𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮.𝟭𝟬𝟬% 𝗚𝘂𝗻𝗮 𝗦𝗺𝗮𝗿𝘁𝗽𝗵𝗼𝗻𝗲 𝗜𝗮𝗶𝘁𝘂 𝗕𝗶𝗹𝗮𝗹 𝗕𝗹𝗮𝘀𝘁𝗲𝗿, 𝗥𝗼𝗸𝗲𝘁 𝗕𝗹𝗮𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗗𝗮𝗻 𝗥𝗼𝗸𝗲𝘁 𝗩𝗶𝗿𝗮𝗹 😍 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗝𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗔𝘂𝘁𝗼 𝗥𝗼𝗸𝗲𝘁 𝗖𝗼𝗺𝗯𝗼, 𝟯 𝗔𝗽𝗹𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗣𝗼𝘄𝗲𝗿 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗕𝗶𝗹𝗮𝗹. 𝗥𝗼𝗸𝗲𝘁 𝗕𝗹𝗮𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄-𝗨𝗽 𝗗𝗮𝘁𝗮𝗯𝗮𝘀𝗲𝘀 𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗗𝗶 𝗘𝗺𝗮𝗶𝗹, 𝗩𝗶𝗿𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗜𝗸𝗹𝗮𝗻 𝗗𝗶 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸, 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗗𝗮𝗻 𝗧𝘄𝗶𝘁𝘁𝗲𝗿 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗥𝗼𝗸𝗲𝘁𝗩𝗶𝗿𝗮𝗹 𝗗𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗔𝘂𝘁𝗼𝗥𝗲𝗽𝗹𝘆 𝗖𝗵𝗮𝘁𝗯𝗼𝘁 𝗢𝗥 𝗕𝗹𝗮𝘀𝘁 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄-𝗨𝗽 𝗣𝗿𝗼𝘀𝗽𝗲𝗸 𝗗𝗶 𝗪𝗵𝗮𝘁𝘀𝗔𝗽𝗽 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗹𝗮𝗹 𝗕𝗹𝗮𝘀𝘁𝗲𝗿. 𝗕𝗶𝗹𝗮𝗹𝗕𝗹𝗮𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗔𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗔𝘂𝘁𝗼 𝗣𝗠 𝗗𝗶 𝗪𝗵𝗮𝘁𝘀𝗔𝗽𝗽 𝗗𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿 𝗥𝗶?...